5 Tempat Menarik di Tasik Kenyir

Isi Kandungan

Pastinya masih ramai warga Malaysia yang belum mengetahui keistimewaan atau tempat menarik yang ada di Tasik Kenyir. Kali ini kami akan kongsikan beberapa tempat menarik di Tasik Kenyir yang masih tidak diketahui walhal penduduk dari negeri Terengganu pun tidak mengenali lebih dekat Tasik Kenyir ini.

tempat menarik di tasik kenyir

Tempat Menarik Tasik Kenyir

Tasik Kenyir adalah merupakan sebuah tasik buatan dengan keluasan 38,000 hektar. Terletak di daerah Hulu Terengganu bersempadan dengan Negeri Kelantan di sebelah barat dan Negeri Pahang di sebelah selatan, Tasik Kenyir adalah sebahagian daripada Wilayah Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah.

1. Air Terjun Lasir

Imej oleh Terengganu State Parks
Air Terjun Lasir merupakan salah satu daripada 14 air terjun yanng dibuka secara komersial kepada pelancong di Tasik Kenyir. Dengan ketinggian 500 kaki, Air Terjun Lasir merupakan air terjun tercantik dan bertingkat-tingkat. Malah, yang menjadi tarikan utama di Air Terjun Lasir ialah menara tinjau dan jambatan gantung yang menyeberang air terjun.
Air Terjun Lasir terletak 16 km dari Pengkalan Gawi. Perjalanan dengan bot mengambil masa 30-45 minit.Aktiviti yang boleh dilakukan pengunjung di Air Terjun Lasir ialah mandi-manda, berkhemah, merentas hutan dan mendaki.
Aktiviti yang sering dilakukan oleh pelancong ketika datang ke Air Terjun Lasir adalah seperti aktiviti mandi-manda, berendam dan berenang kerana ia mempunyai beberapa kolam yang luas.

2. Santuari Kelah di Sungai Petang

Santuari Kelah di Sungai Petang
Imej oleh Umpan

Santuari ikan kelah sehingga lubuk ikan kelah boleh anda terajui sambil menyediakan persiapan makanan ikan kelah. Anda juga akan terjumpa jambatan gantung sebelum tiba di air terjun dimana wujudnya ikan kelah. Setibanya di air terjun, anda boleh memberi makan ikan kelah sambil mandi-manda.

Baling sahaja makanan ikan di sekeliling anda, pasti ikan-ikan kelah anda bertempiaran datang berdekatan anda tetapi anda tidak perlu risau kerana ikan kelah tidak menggigit, malah ia jinak.  Agak terhibur bermain dengan ikan kelah disini, sekurang-kurangnya anda dapat gelak ketawa sepenuhnya melihat gelagat ikan kelah!

3. Air Terjun Saok

air terjun saok

Anda akan temui Air Terjun Saok terlebih dahulu sekiranya menaiki bot atau houseboat dari Jeti Gawi, kemudian barulah tempat-tempat menarik lain seperti air terjun Lasih dan juga Taman Herba.  Air Terjun Saok sangat sejuk, dingin, bersih dan tenang membuatkan anda wajib singgah disini untuk beristirehat atau mandi.

4. Gunung Gagau

gunung gagau tempat menarik tasik kenyir
Imej oleh Thrillophilia

Jika anda suka mendaki, Gunung Gagau mungkin tempat sesuai untuk anda melepaskan ketagihan. Apabila tiba di puncak, anda dapat menikmati pemandangan tiga buah negeri –Terengganu, Kelantan dan Pahang.

5. Taman Herba di Pulau Sah Kecil

Taman Herba Pulau Sah Kecil
Imej oleh KETENGAH

Jika anda sukakan sayuran serta herba, anda boleh ke Taman Herba Tasik Kenyir. Terletak di Pulau Sah Kecil, anda perlu menaiki bot laju selama 15 minit dari Pengkalan Gawi.

Tapi awas. Bersedialah dengan kasut yang baik kerana taman ini luasnya lebih 15 hektar, dan terdapat lebih 26,000 pokok herba untuk anda lihat dan kaji.

Kesimpulan

Jika anda ingin merasai sendiri tempat-tempat yang menarik yang ada di Tasik Kenyir ini anda boleh mengambil pakej houseboat yang ada. Kami juga menawarkan pakej houseboat Tasik Kenyir mengikut kesesuaian bajet anda.

Kongsi Artikel ini

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram