Cara Menempah Houseboat Tasik Kenyir

Isi Kandungan

Menyewa houseboat di Tasik Kenyir tidak asing lagi untuk pengunjung yang ingin menimba pengalaman yang unik dan semestinya berbeza dengan percutian yang lain. Pengalaman bermalam sambil menyelusuri Tasik Kenyir hanya dapat dimiliki oleh sesiapa yang pernah menempahnya. Anda dapat menjelajahi danau yang luas dengan kenyamanan sebuah tasik yang terbesar di Asia Tenggara. Ikuti dan fahami langkah-langkah untuk membuat tempahan houseboat untuk sesi percutian keluarga ataupun kelab memancing anda.

Cara Membuat Tempahan Houseboat di Tasik Kenyir

Mencari Maklumat Houseboat

Membuat beberapa carian mengenai rumah bot yang ada di Tasik Kenyir. Ketahui tentang pengendali bot atau perkhidmatan di kawasan itu, serta kemudahan yang diberikan semasa menyewa. Pastikan pilihan pakej dan harga yang mereka tawarkan mengikut bajet dan kapasiti pengunjung yang anda ingin bawa. Untuk memudahkan proses mendapatkan maklumat, Layari VisitKenyir untuk dapatkan informasi berkenaan rumah bot yang berada di Tasik Kenyir.

Hubungi Pemilik Houseboat

Sebaik sahaja anda mempunyai maklumat tentang pemilik bot , hubungi mereka melalui pangillan telefon ataupun e-mel. Tanya sebarang soalan tentang ketersediaan bot pada tarikh yang anda ingikan, kemudahan yang diberikan dan harga mengikut pakej yang anda inginkan. Namun, dengan kewujudan laman web VisitKenyir.com , anda boleh terus membuat tempahan di situ dan akan dihubungi oleh pihak VisitKenyir.com jika masih tersedia untuk tarikh yang anda ingin lakukan tempahan.

Tetapkan Tarikh dan Pakej

Tetapkan tarikh dan tempoh perjalanan anda untuk berapa malam bermalam, Kebiasaan nya mereka menawarkan untuk 2 hari 1 malam ataupun 3 hari 2 malam. Pastikan anda mempertimbangkan musim, cuaca dan kekosongan rumah bot apabila anda memilih tarikh anda. Pengendali houseboat biasanya menawarkan pakej berserta makan & minum atau pun tidak berserta makan & minum. Anda boleh membuat pilihan pakej tersebut, jika tidak berserta makan & minum, anda boleh memasak sendiri kerana kebiasaanya setiap bot mempunyai dapur dan peralatan yang lengkap untuk memasak.

Buat Pesanan dan Deposit

Selepas memilih houseboat pakej yang anda inginkan, buat pesanan sejurus tarikh yang anda inginkan tersedia untuk disewa. Kebiasaanya, pengendali akan meminta anda membayar deposit untuk pengesahan pesanan. Pastikan anda memahami dasar pembayaran dan pembatalan mereka sebelum membuat pembayaran deposit.

Butiran pengesahan dan perjalanan

Selepas anda selesai membuat tempahan dan deposit, pastikan anda mendapat pengesahan daripada pengendali houseboat. Pastikan semua butiran perjalanan seperti lokasi jeti, termasuk masa dan tempat menaiki bot telah jelas dan tersedia maklum, seeloknya 2 minggu sebelum tarikh tempahan telah menyelesaikan baki bayaran, untuk mengelakkan berlaku kesilapan informasi kepada semua perserta yang ingin menaiki bot.

Persediaan Kelengkapan Diri

Sebelum perjalanan, pastikan anda membuat persediaan yang diperlukan seperti membawa pakaian yang secukupnya. Peralatan peribadi dan peralatan yang diperlukan untuk perjalanan menaiki bot. Pastikan anda telah mematuhi peraturan serta memahami arahan keselamatan dan garis panduan yang disediakan oleh pengendali bot untuk mengelakkan berlaku kemalangan yang tidak diingini.

Dengan mengikuti langkah-langkah di atas, Anda dapat menempah houseboat dengan lebih mudah. Nikmati perjalanan anda di atas houseboat dan jelajahi keindahan tasik yang menakjubkan ini! Kami VisitKenyir.com sedia untuk membantu anda dalam menguruskan tempahan houseboat dalam masa yang cepat mengikut ketersediaan dan kekosongan houseboat pada tarikh yang anda ingikan. Terima Kasih kerana terus mempercayai kami.

Kongsi Artikel ini

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram