Kedai Makan Sedap di Tasik Kenyir

Isi Kandungan

Alang-alang sudah melancong ke Tasik Kenyir jangan lupa untuk terjah ke beberapa destinasi pilihan tempat makan sedap yang sering menjadi kunjungan pelancong luar. Memang berbaloi dan sedap!

1. Lembah Warisan

Ramai yang cakap tidak lengkap percutian anda datang ke Tasik Kenyir jika tidak menikmati hidangan Ikan Baung Masak Tempoyak disini.

menu-kedai-makan-tasik-kenyir

Destinasi yang sangat ideal untuk anda memburu menu masakan kampung ikan sungai yang sangat segar. Boleh singgah untuk makan tengahari setelah penat melawati Tasik Kenyir dan menaiki boat atau houseboat.

Warung yang terletak di jalan Tasik Kenyir, Kuala Berang ini memang sangat terkenal dengan hidangan ikan baung masak tempoyak. Pasti membuatkan pengunjung puas hati kerana kesedapan dan kerana kesegaran ikannya yang tiada tolak bandingan di tempat lain.

2. Warung Mr Baung

Bagi penggemar ikan darat (ikan sungai) seperti baung, keli, patin, talapia dan sebagainya, apa kata anda terjah ke Warung Mr Baung untuk makan tengahari. 

kedai-makan-tasik-kenyir

Pilihan masakan ikan darat dikena pula dengan aneka ulam-ulaman segar sambil dicicah budu berlada pasti akan membuatkan sesiapa terliur.

Ikan darat yang dimasak di sini memang segar dan rasa manis ikan masih terasa tidak seperti di kebanyakan destinasi lain.Berpeluh makan kerana penangan sambal ladanya & ditambah pula dengan pemandangan air terjun bersebelahan warung, memang satu kombinasi terbaik untuk anda cuba sendiri.

 

 

Kongsi Artikel ini

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram