Tasik Kenyir Terengganu, merupakan tempat pilihan untuk bercuti bersama seisi keluarga dan sahabat. Namun jangan sesekali terleka dalam kegembiraan kerana boleh bertukar menjadi mimpi ngeri dalam sekelip mata jika mengabaikan Peraturan & Keselamatan ketika berada di atas Houseboat Tasik Kenyir. Keselamatan di rumah bot di adalah sangat penting dan perlu difahami dan dipatuhi bagi mengelakkan kemalangan berlaku. Kami VisitKenyir.Com akan menjelaskan beberapa langkah yang perlu anda ambil untuk mengekalkan keselamatan semasa tinggal di houseboat.
Peraturan & Keselamatan Ketika Menginap di Houseboat
Patuhi Peraturan dan Etika Keselamatan
Pastikan anda memahami dan mematuhi semua peraturan dan etika yang dikenakan ke atas penggunaan houseboat di Tasik Kenyir, Terengganu. Kebiasaannya, sebelum bertolak captain bot akan menberikan taklimat keselamatan terlebih dahulu dan berikan tumpuan sepenuhnya agar anda sedia maklum terhadap peraturan navigasi, had laju semasa dan kawasan yang dibenarkan untuk melakukan perjalanan.
Gunakan Peralatan Keselamatan yang Disediakan
Sila pastikan houseboat dilengkapi dengan peralatan keselamatan yang mencukupi seperti jaket keselamatan, peralatan memadam kebakaran dan alat komunikasi ketika berlaku kecemasan. Pakai jaket keselamatan semasa di geladak ataupun ruangan terbuka dan semasa melakukan aktiviti air seperti berenang ataupun menyelam.
Waspada Terhadap Cuaca dan Persekitaran
Pantau cuaca semasa anda berada di atas bot sebelum membuat apa-apa aktiviti berasaskan air, khusus nya Air Terjun. Jika terdapat perubahan ketara dalam cuaca atau amaran cuaca buruk, segera dapatkan perlindungan dan ikut arahan yang diberikan oleh captain houseboat ataupun pihak berkuasa tempatan.
Pastikan Kanak-Kanak di bawah Pengawasan
Jika anda bercuti dengan bersama keluarga dan kanak-kanak, pastikan mereka berada di bawah pengawasan rapi sepanjang masa. Khusunya ketika berada di ruangan dek yang terbuka. Kanak-kanak harus memakai jaket keselamatan dan tidak dibenarkan bermain atau berada berhampiran air tanpa pengawasan yang ketat.
Jaga Kebersihan dan Kehijauan Alam Semulajadi
Pastikan perserta untuk sentiasa menjaga kebersihan di sekitar houseboat dan tidak membuang sampah ke dalam air. Hindari penggunaan bahan kimia yang berbahaya dan boleh menjejaskan ekosistem kehidupan yang lain. Jaga kehijauan dan kelestarian Tasik Kenyir dengan menghormati alam semujadi dan kehidupan liar yang ada.
Peka Terhadap Pengunaan Barangan Elektrik
Houseboat menawarkan pengunaan dapur untuk memasak, dan plug untuk digunakan. Sila pastikan setiap barangan dalam keadaan baik dan selamat digunakan. Gunakan peralatan elektrik dengan berhati-hati dan elakkan daripada terkena wayar basah atau mengunakan dengan tangan yang basah. Pastikan sistem elektrik di dalam bot berfungsi dengan baik dan selamat sebelum menggunakannya
Akhir kata, Dalam keseronokan bercuti, anda hendaklah sentiasa mengutamakan keselamatan anda dan orang lain semasa menaiki houseboat di Tasik Kenyir. Dengan Mengikuti langkah ini akan membantu memastikan percutian anda lebih selamat dan menyeronokkan. Mari jadikan percutian anda lebih bermakna dan selamat bersama kami di VisitKenyir.Com Terokai Keindahan Tasik Kenyir, Terengganu.