Pakej Promosi Trip Akhir Tahun Tasik Kenyir

Isi Kandungan

VisitKenyir.com ingin memberi peluang kepada anda semua yang berminat untuk menelusuri Tasik Kenyir tetapi mempunyai masalah berkenaan jumlah perserta dan bajet ? Buat mereka yang berminat dan teringin untuk bercuti di houseboat Tasik Kenyir tapi mempunyai masalah yang berkaitan seperti di bawah. Hari ini kami memberi penyelesaian kepada anda dengan memperkenalkan Pakej Promo Trip ke Tasik Kenyir untuk bulan Disember 2023.

  • Tak ada group yang besar
  • Harga houseboat terlalu tinggi untuk sewa 1 houseboat
  • Mencari harga bajet untuk peserta yang sedikit
  • Nak bercuti dan healing tanpa perlu menyediakan makanan
  • Nak mencuba aktiviti lain daripada yang lain
  • Tidak tahu pakej houseboat yang terbaik di Tasik Kenyir Terengganu

Kami cuba menyelesaikan masalah anda dengan memperkenalkan promosi kali ini bagi memberi peluang untuk merasai keindahan Tasik Kenyir. Pembukaan tarikh akan dihebohkan dari semasa ke semasa melalui platform website kami VisitKenyir.com. Tugas anda hanyalah berikan maklumat dan pengesahan bayaran untuk dapatkan slot yang telah disertakan sekali dengan pakej makan dan minum untuk 2H1M. Tidak perlu berfikir untuk memasak, “healing” dan berhibur sepuasnya bersama sahabat ataupun keluarga tercinta. Di sini, kami jelaskan sedikit info ringkas yang mungkin anda masih belum tahu tentang Tasik Kenyir.

Fakta Ringkas Tentang Tasik Kenyir

1. Bermula dengan kewujudan Empangan Jenagor, Tasik Kenyir merupakan tasik buatan yang terbesar di Asia Tenggara yang terletak di daerah Hulu Terengganu. Bersempadan dengan Negeri Kelantan di sebelah barat dan Negeri Pahang di sebelah selatan. Tasik Kenyir adalah dibawah seliaan Wilayah Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH).

2. Keindahan dan kehijauan alam yang melambai dan bukit bukau yang memukau berserta alam flora dan fauna yang masih lagi banyak tidak terokai.

3. Tasik Kenyir merupakan destinasi kegemaran “syurga” buat kaki pancing. Terdapat pelbagai jenis baka ikan yang boleh ditemui di sungai dan anak sungai di tasik ini, antaranya adalah Kelisa, Kelah, Toman, Baung, Sebarau dan Lampam. Pemancing-pemancing digalakkan untuk memancing ikan di tempat-tempat yang telah dikhususkan seperti Pulau Cacing, Leban, Petuang, Saok, dan Terenggan.

4. Melalui Tasik Kenyir yang menjadi pintu masuk ke Taman Negara yang terkenal di serata dunia.

Apa Yang Anda Akan Dapat Daripada Pakej 2 Hari 1 Malam

  • Makan & minum sepanjang berada di houseboat sehingga 5 kali
  • Mandi manda di Air Terjun Lasir & Saok
  • Berehat dan karaoke di bilik berhawa dingin
  • Ronda dengan bot laju sambil melihat matahari terbenam
  • Mandi dan berkayak sekitar houseboat

Pakej promosi yang berharga hanya RM387/pax mampu memberikan anda pengalaman yang cukup bermakna bersama kami VisitKenyir.com. Dapatkan hebahan semasa daripada kami berkenaan tarikh bagi pakej promo ini dan buat tempahan segera sebelum terlambat.  Pakej 2H1M berserta makan dan minum dan houseboat yang selesa untuk anda. Hubungi kami segera pada no 017-958 2214 untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.

Kongsi Artikel ini

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram