Tasik Kenyir diperkenalkan sebagai Geopark Kebangsaan

Isi Kandungan

Tasik Kenyir Geopark Kebangsaan yang terletak di daerah Hulu Terengganu, Terengganu. Sedia menampilkan keindahan geologi, biodiversiti, serta keunikan budaya setempat. Pengiktirafan ini menunjukkan pentingnya kelestarian dan pengetahuan mengenai sumber daya alam yang dimiliki pada Tasik Kenyir. Geopark Kebangsaan juga lazimnya menggalakkan pembangunan ekopelancongan yang strategik. Supaya pengunjung dapat menikmati keindahan alam semula jadi sambil memelihara alam sekitar.

Tasik Kenyir telah diluluskan sebagai Geopark Negara oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG). Sekali gus menjayakan misi yang terkandung dalam Pelan Induk Terengganu Sejahtera 2030 (PITAS 2030). Kenyir Geopark. Ialah satu pengiktirafan yang rasmi terhadap nilai geologi, biologi dan budaya yang terdapat pada satu tempat.

Kenyir Geopark menampilkan geologi yang kaya dengan kepelbagaian semula jadi yang merangkumi pembentukan bukit, air terjun dan flora dan fauna yang unik. Ini antara beberapa tempat yang menarik di sini :

Tempat Menjadi Tumpuan di Tasik Kenyir Geopark

Gua Batu Kapur Terdapat banyak formasi batu kapur yang menarik, termasuk gua-gua dan karst yang menciptakan pemandangan yang menakjubkan dan pengalaman yang baru.

Air Terjun Lasir Salah satu air terjun yang indah dan terletak di dalam kawasan geopark. Tempat tarikan ini memiliki keindahan alam yang menarik untuk dinikmati.

Air Terjun Saok Dengan kehijauan bumi yang memukau, bersama desiran air yang jatuh dari ketinggian masuk ke dalam air. Tempat rekreasi yang sesuai untuk pengunjung berenang dan bersantai.

Pulau Poh Pulau yang menawarkan peluang untuk berbagai kegiatan rekreasi seperti memancing, berkemah, dan menjelajahi keindahan alam flora dan fauna.

Kepelbagaian Biodiversiti Selain keindahan geologi, Geopark Tasik Kenyir juga terkenal dengan kepelbagaian biodiversitinya. Terdapat pelbagai jenis flora dan fauna, termasuk spesies endemik yang unik dan jarang ditemui.

Pengunjung boleh menikmati pelbagai aktiviti di Tasik Kenyir Geopark, seperti mengembara dengan bot, meneroka gua, berbasikal, berenang, memancing, dan menikmati pemandangan alam semula jadi. Geopark ini bertujuan untuk menggabungkan pemuliharaan alam semula jadi, pendidikan, dan juga ekopelancongan bagi mengekalkan keunikan dan kepentingan sumber geologi dan semula jadi di kawasan tersebut.

Berminat untuk bermalam di Houseboat Tasik Kenyir ? Tapi anda tidak tahu cara untuk membuat tempahan ? Kami Team VisitKenyir.com boleh membantu anda untuk menguruskan tempahan secara atas talian sahaja. Hubungi Kami segera untuk pertanyaan dan tempahan.

Kongsi Artikel ini

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram