Tasik Kenyir, Tumpuan Para Pemancing Ketika Musim Monsun
Tasik Kenyir di daerah Hulu Terengganu. Kini menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara terutamanya kaki pancing disebabkan penutupan pusat peranginan di Terengganu sebagai persediaan menghadapi musim tengkujuh. Namun tidak untuk Kenyir, apabila musim tengkujuh tiba. Peningkatan pelancong yang datang semakin bertambah kerana ia akan menjadi lubuk emas kepada pemburu ikan air tawar, termasuk toman, lampam, baung, patin dan belida.
Melihat kepada statistik tempahan yang diperolehi oleh VisitKenyir.com. Tempahan untuk houseboat terus meningkat khususnya untuk bulan November dan Disember walaupun ketika musim tengkujuh. Ini bermakna. Kenyir kini menjadi tumpuan utama kepada kaki pancing yang ingin memburu ikan air tawar kerana kebiasaannya pelbagai spesis ikan akan bertambah dengan banyak pada musim hujan.
Menurut Pengerusi Ketengah. ” Ketengah tidak pernah menutup dan menghentikan aktiviti di Tasik Kenyir pada musim tengkujuh seperti yang difahami masyarakat secara umum. Hanya Santuari Kelah sahaja ditutup bermula Oktober hingga akhir Februari. Sementara aktiviti lain beroperasi seperti biasa termasuk aktiviti memancing dan bermalam di rumah rakit. Kami sudah berbincang untuk tidak menggunakan lagi istilah penutupan Tasik Kenyir pada musim tengkujuh dan pada masa akan datang sebaliknya Tasik Kenyir akan dikenali sebagai lokasi pelancongan yang dibuka sepanjang tahun,”
Rata-rata tempahan houseboat yang diterima kami adalah daripada kaki pancing yang datang secara berkumpulan untuk melepaskan ‘gian’ memancing. Menariknya setiap kali pada musim tengkujuh. Tasik Kenyir bagaikan pesta kerana ramai kaki pancing yang turun berkampung untuk menghabiskan cuti akhir tahun mereka. Tentatif yang berbeza akan diberikan oleh pemilik houseboat. Ini untuk membantu kaki pancing ke lubuk-lubuk yang tertentu melalui kemahiran orang lama Kenyir. Kerana tentatif tersebut lebih tertumpu kepada aktiviti memancing dengan memasuki anak sungai dan sebagainya menggunakan bot fiber.
Rumusan
Ketika ini, Terengganu mengalami Monsun Timur Laut yang bermula sejak lewat bulan November dan dijangka berterusan sehingga Januari 2024, ini menyebabkan hujan yang banyak dan lebat. Namun, dengan keadaan cuaca tersebut ia tidak menjejaskan aktiviti memancing di Tasik Kenyir. Anda berminat untuk mendapatkan khidmat tempahan houseboat bagi trip memancing ?. Whatsapp kami segera untuk tempahan houseboat dan siapkan peralatan memancing anda, “Gorgon” Kenyir menunggu kehadiran anda !!