Tasik Kenyir adalah tasik buatan terbesar di Malaysia, terletak di negeri Terengganu di kawansan pantai timur Semenanjung Malaysia. Pembangunan tasik ini bermula pada tahun 1978 dan selesai sepenuhnya pada tahun 1985. Tujuan utama pembangunan tasik ini adalah untuk menghasilkan tenaga hidroelektrik dan membantu mengawal isu banjir di Sungai Terengganu.
Selain itu, pembangunan ini juga mempunyai tujuan untuk mempromosikan sektor pelancongan di negeri Terengganu. Setelah pembangunan selesai, ia menjadi salah satu destinasi pelancongan utama di Malaysia, dengan menyediakan pelbagai aktiviti seperti memancing, memburu, dan pengembaraan hutan yang berkait rapat dengan alam semulajadi.
5 Aktiviti dan Tempat Menarik di Tasik Kenyir Terengganu
-
Mandi Manda di 14 Air Terjun di Tasik Kenyir
Tasik Kenyir bukan sekadar tasik sahaja, namun ada 14 air terjun yang menarik di kawasan sekitarnya. Antaranya 5 air terjun yang paling popular di antara 14 itu ialah Air Terjun Lasir, Air Terjun Tembat, Air Terjun Saok, Air Terjun Sungai Buweh, dan Jeram Lata Terap. Air Terjun Lasir adalah air terjun tertinggi di Tasik Kenyir dengan ketinggian sekitar 500 kaki. Keunikan air terjun ini adalah jatuhannya tidak langsung ke tasik, melainkan ke lembah yang dalam. Untuk ke tempat air terjun, anda hanya perlu ke Pengkalan Gawi dan menyewa bot dari situ kecuali Air Terjun Sungai Buweh di mana pengunjung boleh pergi dengan kereta.
-
Aktiviti Berkayak di Sekitar Tasik Kenyir
Sebenarnya kebanyakkan aktiviti ini termasuk dengan 1 pakej lengkap yang ditawarkan. Banyak aktiviti riadah yang anda boleh lakukan selain mandi manda anda juga boleh berkayak, memancing dan pelbagai lagi aktiviti. Harga yang perlu dibayar sangatlah murah iaitu kira-kira RM5-RM10 mengikut saiz dan jenis kayak. Dengan harga semurah itu, pengunjung dapat berkayak selama mana yang mereka mahu.
-
Berkhemah di Sekitar Tasik Kenyir
Merasai pengalaman bermalam di dalam khemah di tepi sungai. Tidur di dalam hutan tebal bersama binatang-binatang berkeliaran dan bunyi unggas memang hebat dan memberikan ketenangan dari penat seharian. Malah jika lokasi yang dipilih adalah dikawasan yang strategik, anda mungkin boleh menangkap ikan sendiri dijadikan lauk juadah.
-
Aktiviti Jungle Treking dan Mendaki Gunung Gagau
Sebelum bermula, Perkara pertama yang anda perlu lakukan ialah. Dapatkan kebenaran dari pihak berkuasa Taman Negara dahulu. Kemudian dapatkan khidmat jurupandu khas dari pihak mereka. Jika 2 perkara ini sudah diluluskan, maka pastinya aktiviti ini menjadi aktiviti yang sangat menarik untuk anda. 2 langkah ini sangat penting bagi menjamin keselamatan anda dan rakan-rakan. Jadi, patuhi arahan mereka untuk pastikan aktiviti ini berjalan dengan teratur dan selamat.
-
Tasik Kenyir Water Park
Untuk pengetahuan anda, pembinaan Tasik Kenyir Water Park ini menelan kos yang sangat besar dan dibini secara berperingkat. Pada binaan fasa pertama, banyak kemudahan permainan air dibina khas dan lebih tertumpu untuk kanak-kanak. Bagi fasa kedua pembinaan taman tema air ini pula ialah lebih meluas kepada permainan ataupun aktiviti yang sesuai untuk orang dewasa. Pelbagai kemudahan lain juga disediakan seperti kemudahan penginapan.
Harga tiket untuk ke Taman Tema Air Tasik Kenyir ini sebenarnya sangat murah jika dibandingkan dengan taman tema lain seperti Sunway Lagoon, Lost Word of Tambun dan banyak lagi. Apa yang penting, kos pengangkutan iaitu kos bot adalah sudah disekalikan dengan harga tiket memasuki taman tema air. Mari kita lihat harga tiket di sini.
- Dewasa: RM 25 seorang
- Kanak-kanak: RM 15 seorang
- Warga emas: RM 15 seorang
Kini, Tasik Kenyir masih menjadi tumpuan pelancong tempatan dan antarabangsa. Tasik ini menawarkan keindahan alam semulajadi yang menakjubkan, dengan ribuan pulau kecil, air terjun, dan kolam air jernih yang memukau pengunjung. Selain itu, tasik ini juga merupakan habitat bagi pelbagai jenis flora dan fauna yang unik dan terancam. Hubungi Kami untuk dapatkan Pakej Houseboat dan Aktiviti yang anda ingin lakukan di sekitar kawasan Tasik Kenyir Terengganu.