Tempah Houseboat Tasik Kenyir

Isi Kandungan

Tahukah anda, terdapat beratus houseboat di Tasik Kenyir? Anda juga boleh tempah houseboat pada bila-bila masa memandangkan ianya bukanlah bermusim seperti pulau-pulau yang ada di Terengganu.

Seperti yang dinyatakan di atas, sebenarnya terdapat banyak houseboat yang sedang memanggil kedatangan anda. Untuk makluman juga, anda boleh terus menempah houseboat dengan kami iaitu VisitKenyir.com.

Pastinya anda mencari tempat yang sesuai untuk lakukan aktiviti seperti family day, kem motivasi, aktiviti memancing dan lain-lain lagi. Tasik Kenyir adalah tempat yang direkemenkan untuk lakukan aktiviti-aktiviti di atas. Houseboat-houseboat yang berlesen ini adalah berdaftar dengan KETENGAH.

Tips Memilih Houseboat

Semestinya anda mahukan houseboat yang terbaik dan selesa untuk pengembaraan anda. Houseboat yang berdaftar dengan VisitKenyir.com boleh dikatakan antara yang terbaik yang ada di sini.

Kami hanya mengiklankan houseboat yang berdaftar dengan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH). Jadi anda tidak perlu risau tentang risiko untuk ditipu.

Banyak aktiviti yang boleh dilakukan semasa anda berada di houseboat. Jika anda mempunyai bajet yang lebih, anda boleh memilih houseboat yang mempunyai gelongsor dan pastinya ianya akan memberikan pengalaman yang indah terutamanya kepada kanak-kanak.

Masa Yang Sesuai Untuk Ke Tasik Kenyir

Seperti yang dinyatakan di awal artikel, houseboat di Tasik Kenyir ini beroperasi sepenuh masa dan ianya tidak bermusim seperti Pulau Redang, Pulau Perhentian yang hanya dibuka kebiasaannya bermula pada bulan Mac sehingga ke Oktober bergantung kepada cuaca. Hal ini adalah disebabkan musim tengkujuh yang melanda Pantai Timur.

Jadi anda tidak perlu risau untuk ke Tasik Kenyir bila-bila.

houseboat tasik kenyir

Cara Tempah Houseboat Tasik Kenyir

Di sini kami terangkan langkah-langkah untuk menempah houseboat dengan VisitKenyir.com.

  1. Lawati laman web VisitKenyir.com
  2. Pilih houseboat daripada senarai houseboat yang ada di sini
  3. Buat pra tempahan untuk kami semak kesediaan tarikh
  4. Tunggu respon daripada kami tentang kesediaan tarikh tersebut
  5. Buat pembayaran deposit atau penuh jika tarikh tersebut masih lagi kosong

Senang sahaja kan? Apa lagi yang anda tunggu, jom pusing Tasik Kenyir dengan houseboat dan menikmati keindahan Tasik Kenyir! Untuk kaki pancing juga anda seharusnya tidak melepaskan peluang untuk menikmati sendiri gewang anda disambar Toman!

Kongsi Artikel ini

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram