Orang pantai timur bolehlah berkunjung ke sini untuk membeli belah barang-barang bebas cukai seperti di Langkawi. Selain membeli belah, anda juga boleh melihat keindahan Tasik Kenyir yang juga merupakan tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara.
1. KH Shoppe, Tasik Kenyir
KH Shoppe merupakan satu-satunya Kedai Bebas Cukai yang terletak di Tasik Kenyir dan telah beroperasi sejak tahun 2017. Kedai ini merupakan antara tarikan utama di sana.
Produk yang mereka tawarkan seperti coklat, bagasi, bagpack, pinggan mangkuk, alatan dapur, tekstil, pewangi dan lain-lain. Operasi kedai bermula dari 10 pagi hingga 6 petang dan dibuka setiap hari.
Coklat yang dijual disini harganya agak sama dengan kedai-kedai di Langkawi. Namun, harganya murah jika dibandingkan dengan harga di luar kawasan bebas cukai.
Sambil – sambil mencuci mata dengan membeli belah, anda juga dapat melakukan aktiviti dan melawati banyak tempat yang menarik. Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan seperti memancing, berkayak, mandi-manda, BBQ, bermain di taman air, dan juga bermalam di Houseboat.
Anda juga boleh menempah houseboat pada bila-bila masa mengikut pakej – pakej yang disediakan. Satu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga.
Kesimpulan
Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk “hadiahkan” diri anda dan keluarga anda dengan percutian!