3 Tarikan Tasik Kenyir Yang Anda Mungkin Tidak Tahu

Isi Kandungan

Tahukah anda, Tasik Kenyir adalah salah satu hub pelancongan di negeri Terengganu? Kebiasaannya orang ramai akan menyebut keropok lekor, Pulau Redang, Pulau Perhentian, Jambatan Drawbridge jika ditanya tentang Terengganu.

tempat menarik tasik kenyir

3 Tarikan Tasik Kenyir di Terengganu

Tasik Kenyir adalah merupakan sebuah tasik buatan dengan keluasan 38,000 hektar. Terletak di daerah Hulu Terengganu bersempadan dengan Negeri Kelantan di sebelah barat dan Negeri Pahang di sebelah selatan, ia adalah sebahagian daripada Wilayah Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah.

houseboat tasik kenyir

1. Houseboat Tasik Kenyir

Jika ditanya aktiviti utama di sini tentulah orang akan menyebut tentang houseboat. Terdapat ramai pengusaha houseboat yang sedang bergiat aktif. Selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mereka ini telah menarik nafas lega selepas dibenarkan kembali beroperasi setelah sekian lama terhenti akibat pandemik Covid-19.

Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan jika anda menempah houseboat, antaranya ialah memancing, mandi-manda di kawasan air terjun, berjalan di sekitar Taman Herba dan sebagainya. Adalah rugi jika anda melepaskan peluang untuk beriadah seperti ini. Jika anda berminat untuk mengadakan family day atau kem motivasi, anda boleh menempah houseboat dengan VisitKenyir.com.

2. Tasik Dikelilingi Hutan Tropika

Keindahan panorama dengan air terjun, gua, gunung, taman indah dan santuari haiwan liar di tasik berkenaan menggamit pelancong untuk terokai kawasan itu. Keunikan flora dan fauna yang kaya dengan oksigen segar di tasik ini sesuai dijadikan lokasi percutian menarik buat warga kota yang sentiasa sibuk.

Di sebalik keindahan tasik buatan manusia kedua terbesar di Asia Tenggara yang terletak di hulu Sungai Kenyir, Terengganu ini tersimpan ribuan khazanah dan sejarah tersendiri.

Santuari Kelah di Sungai Petang

3. Bermain dengan Ikan di Santuari Kelah di Sungai Petang

Berita mengenainya sudah banyak terpampang di dada akhbar. Justeru, jika tidak singgah ke sini mungkin tidak lengkap percutian ke Tasik Kenyir. Lebih 5000 ikan kelah ada di kawasan ini. Ikan-ikan ini sangat jinak dan tidak takut untuk mengerumuni anda.

Tapi, hanya 100 orang yang dibenarkan masuk setiap hari di mana 80 orang terdiri daripada pelancong dari rumah bot. Manakala selebihnya pula yang memohon dari Kenyir Travel. Mereka menutup santuari ini dari bulan November sehingga Februari untuk tujuan pemuliharaan dan akibat musim tengkujuh.

Kongsi Artikel ini

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram