Apa Yang Best Tentang Houseboat Tasik Kenyir?

Isi Kandungan

Mesti anda tertanya-tanya, apa yang best tentang houseboat Tasik Kenyir terutamanya apabila anda ingin bercuti ke Terengganu.

Umum kita mengetahui bahawa kewujudan houseboat ini di sekitar Tasik Kenyir. Tasik Kenyir juga pastinya sudah tidak asing kepada penduduk setempat dan juga sebilangan orang luar dari negeri Terengganu.

houseboat Tasik Kenyir

Apa Keistimewaan Houseboat Tasik Kenyir Kepada Pelancong?

Jika ditanya pada pihak kami, sudah tentu houseboat ini mempunyai sesuatu keistimewaan yang tersendiri. Dek kerana pelancongan untuk negeri Terengganu lebih tertumpu kepada kawasan bandar dan juga pesisiran pantai, Tasik Kenyir yang terletak di Hulu Terengganu juga mempunyai keistimewaannya tersendiri.

Kebiasaannya juga, ramai yang ingin mengadakan hari keluarga, kem motivasi dan sebagainya akan tetapi ramai yang tidak tahu tempat yang sesuai untuk melakukan aktiviti tersebut.

Pelbagai aktiviti yang boleh anda lakukan sepanjang berada di houseboat ini seperti memancing, barbeku, sesi motivasi, karaoke, mandi air terjun dan bermacam lagi.

Ini tidak termasuk lagi dengan fasiliti yang ada pada houseboat itu. Ada houseboat yang mempunyai gelongsor air, bilik berhawa dingin dan ala-ala cruise.

Pelbagai jenis houseboat boleh dilihat dari segi kekreatifan pemilik houseboat masing-masing.

Bagaimana Cara Menempah Houseboat?

Untuk tempahan houseboat di Tasik Kenyir anda boleh menempah dengan Visit Kenyir. Anda boleh klik pada link ini untuk melihat senarai houseboat.

Kesimpulan

Sebenarnya masih ada banyak tempat yang belum diterokai atau diketahui oleh orang ramai di luar sana. Alangkah bagus jika produk houseboat ini dikenali meluas kepada pelancong luar negara, sudah tentu akan bertambah meriah pelancongan khususnya negeri Terengganu.

 

Kongsi Artikel ini

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram